Maksud Hikmah

Firman ALLAH, 'Dan apabila ALLAH ingin menganugerahkan kebaikan kepada hamba Nya, maka diberikan Nya HIKMAH'.

Maksud Hikmah adalah memahami agama, mengetahui sesuatu perkara itu dengan jelas dan terperinci serta mengetahui tafsir mimpi.

Tuesday, 11 January 2011

Kolonel Jihad, Antara mitos dan realiti


1. Inilah buku favourite saya sekarang. Ianya adalah autobiografi yang menerangkan keadaan dan menjelaskan kedudukan. Penulisnya adalah hero moden saya lantaran perasaan dan semangatnya yang sama dengan jiwa saya. Sesungguhnya, saya amat berbangga dengan Lt Kol Abdul Manaf. Dia adalah mujahiddin melayu yang sejati dan telah membuktikan semangat jihad yang sebenar dalam konteks peperangan.

2. Sebelum ini, ada sebuah buku yang menjadi inspirasi saya iaitu, 'My Jihad', oleh Aukai Collins. Buku tersebut telah terlepas dari pegangan saya dan sekarang tidak diketahui dimana ianya berada. Ianya adalah autobiografi seorang pemuda Amerika yang memeluk islam lalu pergi berjuang menjadi pejuang Mujahiddin di Chechnya dan Kosovo lalu akhirnya bekerjasama dengan FBI untuk mencari pengganas-pengganas sebenar yang berjuang dalam bentuk jihad yang berbeza dan tidak betul.

3. Meskipun, buku tersebut adalah favourite pertama saya, tetapi, penulisnya bukan dari bangsa saya sendiri. Dalam buku tersebut, Aukai menceritakan ada pelbagai bangsa yang menjadi pejuang Mujahiddin di Chechnya tetapi tidak ada menyebut tentang bangsa melayu yang menjadi wakil kepada bangsa melayu Islam di nusantara ini. Ternyata, sekarang sudah ada. Dan saya amat gembira dan berbangga bahawa ternyata, ada melayu islam malaysia yang berani berjuang, berkorban dan menanggung penderitaan semata-mata kerana perasaan kasih dan kasihan kepada umat Islam yang tertindas.

4. Lt Kol Abdul Manaf adalah seorang tentera yang dilatih sejak usia remaja apabila terpilih memasuki Maktab tentera Diraja. Beliau kemudiannya menjalani latihan pegawai kadet di Sekolah Pegawai kadet, port Dickson dan terpilih menjalani latihan di Royal academy of Sandhurst, England iaitu sebuah Kolej tentera berprestij dimata dunia. Seterusnya beliau memulakan khidmat sebagai YO hinggalah menjadi senior officer dengan pelbagai jawatan dari platun, kompeni, batalion dan briged di dalam Kor Rejimen Askar melayu Diraja.

5. sekiranya saya membaca biodata ini saja, tanpa membaca bukunya, maka saya akan membuat anggapan, pastinya Kol manaf ini seorang Regimental hardcore officer lantaran didikan yang diterima dari RMC dan Sandhurst lalu berkhidmat dalam RAMD, sebuah rejimen penjunjung kuat tradisi british. Anggapan saya itu silap selepas membaca bukunya. Biarpun budaya tentera itu kuat dan tegar, tetapi masih ada lagi ciri-ciri kejawaan yang bertahan dalam hatinya.

6. 'Pada persepsiku, sekujur tubuh badan yang kaku dalam mempertahankan keadilan dari kezaliman adalah lebih baik daripada tubuh sasa yang mendampingi kerakusan dan membelakangi kemanusiaan. Rupanya manis kehidupan hanya aku rasai ketika berlagang ditengah-tengah manusia yang berjuang menentang penindasan dan mempertahankan kedaulatan tanah air dari pencerobohan dan penjajahan.'


7. Kisahnya yang melihat sebuah kampung Islam dibakar, mayat-mayat bergelimpang dan wanita-wanita diperkosa, setelah dijanjikan perlindungan oleh UNROFOR, amat memilukan. Mereka-mereka ini dimusuhi dan dibunuh kerana mereka menganut agama Islam. Maka sudah sepatutnya, semua muslimin tampil membantu mereka dalam semua bentuk.

8. Yang lebih menggembirakan, beliaulah perancang strategi dan mengetuai serangan ke atas kepungan tentera Serbia ke atas Sarajevo dengan taktik yang licik dan rapi. serangan itu telah berjaya menumpaskan tentera serbia yang lebih lengkap dari segi peralatan dan persenjataan.

9. Nasib kol Manaf tidak sebaik Aukai collins lantaran beliau telah ditahan dan dipenjarakan dibawah ISA akibat dari perjuangannya itu. Saya juga mendengar ramai pejuang-pejuang mujahiddin melayu yang beperang di Afganistan dahulu, juga menerima nasib yang sama sebaik saja pulang.

10. Pada saya, kol manaf bukan pengganas. Kol Manaf adalah wira melayu islam yang sebenar. Perjuangannya bukan untuk kuasa, kekayaan, pengaruh, populariti atau penghormatan. Sama seperti jemaah tabligh yang saya anggap juga sebagai pejuang mujahidin atas iman dengan jalan dakwah. Kol Manaf adalah pejuang Mujahidin atas kemanusiaan dengan jalan perang. Jihad yang paling tinggi sekali antara semua jihad-jihad yang ada. Antara berjuta melayu Islam Malaysia yang ada, saya rasa boleh dikira dengan jari, mujahidin-mujahidin seperti ini ketika yang lain, sibuk berpencak silat berebutkan kuasa, kekayaan, kenikmatan hidup dan kebahagiaan.

11. Bacalah buku ini, sebagai persediaan minda untuk masa depan, sebagai pengajaran bahawa hidup ini tak selalunya indah dan sebagai semangat perjuangan yang sebenar.

12. Kolonel Jihad, Antara Mitos dan realiti, Nur ilham Publication, Kuala Lumpur, Jun 2010, ISBN 978-967-5863-00-4

Tuesday, 14 September 2010

Maunah, Kebenaran yang sebenar




1. Buku ini telah saya beli pada 20 Jan 2004 di Sebuah kedai buku di Sungai Buloh, tidak lama selepas semua pesalah Al Maunah dijatuhkan hukuman dan beberapa tahun selepas isu ‘sandiwara’ mulai reda. Saya begitu teruja sekali untuk membacanya untuk mengetahui hal yang sebenar sehingga mengorbankan beberapa nyawa. Apabila saya terdengar sahaja yang ianya telah diterbitkan, segera saya mencarinya di kedai yang berdekatan.


2. Teringat saya bagaimana saya terpaksa menjawab pelbagai soalan dan pertanyaan dari rakan-rakan di Kantin PPUM mengenai isu tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dibidang ketenteraan. Terasa sepeti jurucakap politik pula ketika itu dan saya menjawab apa yang saya ketahui dan rasa tanpa membuat apa-apa spekulasi. Akan tetapi, jawapan benar saya itu telah dituduh pro kerajaan apabila saya sendiri mengaku, sekiranya saya berada dalam situasi tentera yang mengawal kem tersebut, mungkin juga saya akan tertipu dengan mereka.

3. Buku ini menerangkan kenyataan yang sebenar tentang perkara yang berlaku dan juga membenarkan beberapa jawapan saya tentang pelbagai andaian-andaian masyarakat dalam sesi soal siasat yang dahulu. Setelah beberapa tangan dipinjam, setelah beberapa lama ia hilang dan setelah terperuk dirak buku sekian lama, saya membuka semula buku ini apabila peristiwa tersebut dibincangkan di dalam satu forum dan beberapa kenyataan mengenai peristiwa itu saya dapati bercanggah dengan kenyataan yang sebenarnya.

4. Saya pernah bersua muka dengan Tuan Zabidi Mohamed ini ketika mengunjungi Ustaz Zakaria Sungib semasa membincangkan tentang novel kedua saya yang ditolak oleh pihak Ustaz. Kami bersalaman dan berbual sedikit memandangkan Tuan Zabidi ketika itu sedang sibuk dengan urusannya. Setelah membaca buku ini untuk kali kelima, baru saya memahami kenapa manuskrip novel saya itu ditolak. Ianya berkaitan dengan taksub dan jin. (Alhamdulillah, akhirnya terjawab jua persoalan dihati saya ini setelah sekian lama tertanya-tanya, berkaitan dengan manuskrip novel saya)

5. Itulah kenyataan sebenar yang dibentangkan dalam buku ini berdasarkan pengalaman nyata Tuan Zabidi sendiri semasa di dalam kumpulan Al Arqam dan dituliskannya dalam buku, ‘Al Arqam, tersungkur di pintu syurga’. Di sebabkan kecenderungan dan minat dibidang tasauf, maka saya mudah dapat menerima dan memahami kenyataan yang dibentangkan oleh Tuan Zabidi ini.

6. Kisahnya apabila ketua Al Maunah, Amin, telah terpengaruh dengan ilmu kebatinan di dalam persilatan dan tertipu dengan jin yang mempengaruhinya untuk menubuhkan kerajaan Islam secara pemberontakan bersenjata atas nama jihad. Lantaran pengaruh jin dan kebatinan yang dimilikinya, dia berupaya mempengaruhi pengikut-pengikutnya sehingga mereka menjadi taksub dan percaya bulat-bulat akan segala arahan, tindakan dan perbuatannya sedangkan pengikut-pengikutnya itu bukan calang-calang orang. Ramai yang terdiri dari pegawai dan bekas tentera,polis, golongan professional dan biasa, yang tertipu dengan perwatakan waraq, alim dan zuhud Amin itu, telah mempercayai segala tindakannya adalah dibawah suluhan ALLAH. Ditambah pula dengan kemampuan-kemampuan ajaibnya yang selalunya berupaya dilakukan dengan bantuan jin dan mereka menyangka yang Amin itu adalah wali ALLAH.

7. Justeru itu, kenyataan yang sebenarnya adalah taksub dan tipu daya jin sepertimana yang berlaku kepada Al Arqam. Bagi masyarakat moden, perkara ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal dan kurang rasional apatah lagi apabila dibawa ke mahkamah. Mahkamah sememangnya akan menolak tentang hujah dan kenyataan itu. Bagi yang pernah terlibat dengan tareqat dan tasauf, perkara-perkara tidak masuk akal seperti maunah, karamah, kasyaf dan wali memang berlaku tetapi dengan ilmu syariat dan usuludin yang mantap, sebarang penyusupan jin, syaitan dan nafsu, boleh dikenal pasti dan diatasi , dan yang sebenarnya, hanya segelintir saja yang berjaya melepasinya.

8. Sepertimana yang diterangkan dalam buku ini, penipuan dan perancangan licik Amin itu boleh dikategorikan sebagai operasi yang bijak dan hebat seperti mana operasi rompakan keretapi yang hebat di Britain dan operasi mencuri kapal selam oleh MOSSAD di Perancis yang ada diceritakan didalamnya. Tuduhan-tuduhan serta andaian-andaian beremosi lantaran keliru dan tidak mengetahui kenyataan sebenar memang biasa berlaku bukan ke atas peristiwa Al Maunah ini saja, tetapi banyak lagi contoh peristiwa seperti Rampasan kapal terbang Garuda yang ditumpaskan oleh Komando Indonesia pada tahun 1981 sehinggalah kepada pendaratan Neil Armstrong ke bulan.

9. Buku ini telah menerangkan kenyataan yang sebenar dan iktibar serta hikmah yang perlu diambil perhatian daripada buku ini adalah jangan taksub kepada sesuatu atau sesiapa sehingga mengengkari batas-batas kewarasan dan ilmu.

10. Maunah, Kebenaran yang sebenar, Zabidi Mohamed, Zabidi Publication, Kuala Lumpur, November 2003, ISBN 983-99447-2-x

Wednesday, 25 August 2010

The Commandos



1. Buku ini ku beli di Kinokukiya, KLCC dengan harga RM28.11 kira-kira setahun yang lalu. Masa itu aku sedang mencari buku yang berkaitan dengan perang di negeri China zaman dahulu atau yang lebih dikenali dengan epic ‘Romance of the three kingdom’. Aku mendapati semua jenis buku yang bertajuk itu agak mahal iaitu RM100 ke atas sebab ianya tebal-tebal belaka dan memang buku tersebut yang menceritakan kisah 3 kerajaan yang berperang selama beratus-ratus tahun, mestilah tebal. Yang menjadi kekaguman ku adalah epic itu telah ditulis beribu tahun yang dulu dan ianya masih ada sehingga hari ini. Cuma, ianya kisah sejarah dan boleh ditulis semula dan diubah mengikut citarasa pengarang.


2. Buku komando ini mengisahkan tentang pengambilan, latihan dan operasi 4 unit komando terbaik Amerika iaitu
a. Green Beret
b. SEAL
c. Delta Force
d. 20th special operation squadron

Yang sebenarnya, tujuan aku membaca buku ini adalah untuk mengkaji taktik, operasi dan tujuan pasukan komando Amerika dalam tugas mereka lantaran aku pernah menulis berkaitan mereka yang ku jadikan protagonist dan musuh dalam 2 novel ku. Buku ini ku jumpa setelah aku selesai menulis mengenai mereka dan Alhamdulillah, telahan ku terhadap operasi dan taktik serangan mereka adalah seperti mana yang dinyatakan dalam buku ini.

3. Kepada yang berminat mengenai buku ini, memang dia betul-betul hardcore military enthusiasist sebab untuk sampai ke level taktik dan operasi komando, adalah tahap tinggi untuk difahami. Macam tasauf jugalah, kena hardcore tauhid dan usuluddin untuk faham dan belajar mengenainya. Jadinya, kalau anda setakat biasa-biasa saja, maka baca jelah ulasan dan cerita ringkas ini. Sengaja aku share dengan semua untuk meningkatkan military awareness dikalangan rakyat Malaysia. Aku akan ceritakan satu-satu dalam bentuk kisah ringkas atau taklimat sempoi mengenai unit-unit itu satu persatu.

4. Green Beret

Kisah operasi yang diceritakan tentang green beret ini adalah bagaimana 3 trup green beret yang setiap satunya mengandungi 4 anggota, iaitu ketua trup merangkap grenadier, rifleman merangkap operator radio, medic merangkap sniper dan machine gunner merangkap grenadier, yang menjadi pemerhati kepada pergerakan tentera Iraq jauh didalam kawasan musuh dan berada dalam kedudukan yang dekat sekali dengan kawasan tentera Iraq. Mereka memerhati dan melapor setiap pergerakan tentera Iraq semasa operasi Dessert storm untuk mengetahui pergerakan divisyen, brigade dan kenderaan terutamanya tank tentera Iraq semasa tentera bersekutu Amerika gampang, sedang menyerang Iraq dari selatan. Sekiranya terdapat pergerakan besar-besaran berbentuk divisyen atau brigade dari tentera Iraq, maka general-general bersekutu akan mengatur dan menyusun strategi mereka serta merta. Jadi tugas mereka adalah sangat penting dalam perisikan dan pemerhatian ke atas tentera Iraq.

Trup-trup tersebut telah disusupkan dengan helicopter pada waktu malam, lalu bergerak di tepi highway kiri dan kanan, dan mula menggali lubang besar yang boleh memuatkan 4 orang. Lubang tersebut akan ditutup dengan sejenis bumbung yang direka khas dari aluminium dan poncho, lalu ditimbus semula dengan pasir. Komando-komando itu harus menyiap lubang pemerhatian mereka dalam jangka masa dua jam sahaja supaya apabila hari siang, mereka sudah dapat beroperasi dan menjalankan tugas pemerhatian tanpa disedari oleh sesiapa.

Salah satu lubang pemerhatian trup tersebut berada tidak jauh dengan sekumpulan kambing yang dibela oleh penduduk tempatan. Seorang budak perempuan berusia Sembilan tahun telah berkeliaran terlalu hampir dengan kedudukan mereka dan akhirnya terjatuh ke dalam lubang tersebut. Ketika itu, misi mereka telah musnah. Kerahsiaan mereka telah bocor dan ketua trup terpaksa membuat keputusan samda mahu membunuh budak perempuan itu atau melepaskan nya. Sekiranya dia dilepaskan, pasti budak perempuan tersebut akan memberitahu kedudukan mereka.

Disaat ketua trup itu sedang berfikir tentang keputusan yang terbaik, datuk budak perempuan itu muncul. Orang tua itu tidak mengetahui mengenai lubang tersebut malah tidak perasan pun tentang cucunya yang sudah ditawan oleh 4 komando amerika yang sedang berkira-kira untuk membunuh cucunya itu, hanya beberapa langkah saja dari kaki orang tua itu. Akhirnya, orang tua itu kembali semula ke rumah dengan tujuan untuk mengumpulkan orang kampong untuk mencari cucunya.

Ketua trup komando itu akhirnya membuat keputusan untuk membebaskan budak perempuan itu dengan alasan yang dia juga mempunyai anak perempuan seusia dengannya. Keputusan itu diterima dengan baik oleh semua anggota trupnya dan mereka bersedia untuk bertempur dan menghubungi markas untuk ‘extraction’ atau berundur keluar dari kawasan itu.

Tidak lama setelah budak perempuan itu dibebaskan, maka datanglah beberapa penduduk kampong dengan bersenjatakan AK47, senapang patah dan cangkul, menuju ke arah lubang pemerhatian mereka. Lalu trup tersebut telah menembak dengan tembakan mencederakan iaitu menembak dibahagian kaki ke semua penduduk kampong yang datang. Kira-kira 20 orang awam telah dicederakan.

Akibat dari itu, satu platun, askar wataniah Iraq telah datang dan cuba mengepung kedudukan mereka. Semasa proses pengepungan, sniper trup telah membunuh ketua platun tersebut seorang demi seorang sehinggalah habis semua ketua-ketua dalam platun tersebut. Dari leftenan sampailah ke lans kopral, ditembak dari jarak jauh hanya menggunakan M16A yang dilengkapi dengan teropong laser jarak jauh. Apabila platun tersebut kucar-kacir, maka mesingan trup telah menghabiskan saki baki platun tersebut. Habis satu platun yang berkekuatan 25-30 orang dibunuh oleh 4 orang komando itu.

Rentetan dari itu, 1 kompeni tentera regular Iraq yang berkekuatan 100 orang telah tiba dengan trak dan cuba mengepung. Komando-komado tersebut membunuh satu persatu tentera tersebut dengan 1 peluru 1 musuh sehingga 30-40 orang telah gugur. Mereka berupaya melakukan tembakan tepat dengan pejera laser dan teropong jarak jauh yang diattachkan kepada senjata mereka. Melihat kepada casualty yang tinggi, komander tentera Iraq itu telah meminta tembakan mortar dan grenade launcher ke atas kedudukan lubang itu. Barulah komando-komando itu menggelabah sedikit dan keluar dari lubang mereka. Disebabkan tiada perlindungan sebab berperang di padang pasir, mereka berundur sambil melarikan diri ke belakang dengan perlindungan sniper serta mesingan.

Tentera Iraq tidak berani mengejar mereka kerana apabila setiap kali seorang komander melaungkan arahan, pasti ditembak oleh sniper. Akhirnya, setelah melaungkan ALLAHUAKBAR, barulah mereka berani menyerbu tetapi ketika itu juga jet-jet pengebom A10 Warhog, helicopter Apachee dan longbow serta helicopter pengangkut pelbagai guna pave low, tiba dan menghabiskan saki baki tentera Iraq itu.

Kesemua trup tersebut pulang tetapi 2 trup lagi tetap tinggal di kawasan itu kerana ianya belum terbongkar. Semasa pertempuran, sniper dari trup-trup yang berdekatan juga tumpang sekaki membunuh dari jarak jauh. Akhirnya, tentera Iraq sudah mengetahui tentang taktik tentera Amerika itu, mereka menggunakan kereta perisai untuk mengesan lubang persembunyian komando-komando itu dan kedua trup itu yang sudah pun mengetahui akan ketibaan kereta perisai Iraq, telah pun berundur dengan selamat jauh ke padang pasir. Sebelum mereka diambil keluar, sempat lagi mereka meminta bantuan artileri, jet pengebom dan helicopter tempur untuk menghabiskan kereta perisai Iraq itu.

Apa yang dapat saya simpulkan disini, 12 orang anggota komando yang disokong oleh helicopter, jet pengebom serta artileri, Berjaya mengalahkan 130 tentera Iraq, kereta perisai dan penduduk kampong tanpa kecederaan dari pihak mereka. Meskipun ianya mungkin cerita yang dibesar-besarkan mengenai tahap kecederaan dan kematian dipihak tentera Iraq, tetapi keupayaan untuk bertenang, ketepatan tembakan, kesabaran dalam membuat keputusan, kekeringan hati dan kemahuan untuk hidup, adalah beberapa perkara yang dapat aku pelajari dari kisah tersebut.

5. SEALS

Nanti aku sambung lagi…dah penat menulis nih..

Thursday, 12 August 2010

Hakikat hikmah tauhid dan tasawuf (Al Hikam)

  


 1. MasyaALLAH. Ini kitab tasauf yang amat dalam dan amat halus ilmunya. Ilmu tasauf yang diterangkan oleh wali-wali ALLAH adalah ilmu tertinggi di dunia dan sebagai saingan kepada ilmu Qabal yang digunakan oleh wali-wali syaitan iaitu golongan illuminati.  Ianya adalah terjemahan dari kitab Al Hikam yang dikarang oleh yang mulia, Syeikh Ibnu Athaillah Askandary lebih kurang 1000 tahun yang dulu. Kitab ini hanya sesuai untuk golongan yang meminati tasauf dan mahu berkhalwat kerana ALLAH dalam menuju makrifat kepada Nya. 

2. Lantaran ketinggian dan kehalusan ilmunya, pembaca-pembaca harus mempunyai latarbelakang ilmu tauhid dan usuluddin yang tebal dan mantap. Sekiranya pembaca-pembaca belum mencapai tahap sedemikian, dikhuatiri mereka tidak akan dapat memahami isi kandungannya dan syaitan akan menyesatkan pemahamannya. Apabila kesesatan dalam cahaya itu berlaku, maka jadilah mereka-mereka ini 'isim ilmu'.

3. Namun, bagi yang telah ditakdirkan berani untuk terjerumus ke lembah tasauf, maka kitab Al Hikam adalah salah satu dari petunjuk dan penerang bagi segala keserabutan dan kekeliruan hati dalam usaha untuk menuju kepada kerdhaan ALLAH.

4. Jalan tasauf itu amat halus, amat berbahaya dan amat terang cahayanya. Amat halus sehingga sufi itu memahami apa yang tidak difahami oleh orang biasa. Amat berbahaya sehingga sufi itu bisa tenggelam dan lemas dalam ketinggian ilmu. Amat bercahaya sehingga si sufi itu buta mata hatinya dari sebarang makhluk.

5. keserabutan fikiran adalah perkara asas yang perlu dilalui oleh setiap sufi lantaran tingginya ilmu, halusnya penafsiran dan kerasnya displin yang perlu dilakukan dan difahami. Maka kitab inilah penerangnya. Kitab inilah pendamai bagi hati-hati yang serabut dengan ilmu tasauf.

6. Kitab ini mudah difahami kerana penterjemahannya disusun dengan rapi dan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah untuk difahami. Penterjemahnya Prof Dr Kiyai haji Muhibuddin Waly, adalah seorang pensyarah di UIA, 1994. Pengarang asal kitab ini syeikh Ibnu Athaillah Al Iskandary, adalah seorang wali ALLAH yang dianugerahkan untuk menuliskan ilham-ilham suci dan bisikan-bisikan hati anugerah ALLAH hasil dari suluk (khalwat) dan zikir yang berterusan.

7. Salah anggap dan salah pembawakan masyarakat yang tidak memahami berkaitan tasauf ini mengakibatkn ilmu tasauf digeruni, disalahtafsir dan diistiharkan sesat oleh sebahagian ulamak fekah. Hakikatnya, akidah itu perlu dibersihkan dari sebarang sifat nifaq yang mengotori hati sehingga tertutup pandangan sebenar kepada cahaya ALLAH. Yang paling nyatanya, sehingga gagal melihat ALLAH di dunia nyata ini.

8. Hikmah yang paling tinggi sekali dan rumusan dari kitab ini adalah, Siapa yang kenal akan dirinya, maka dia telah kenal akan Tuhan nya. Maka ditunjukkan jalan bagaimana untuk mengenal diri ini. Seeloknya, untuk membaca kitab ini, haruslah mempunyai guru yang faham dan mahir mengenai selok belok jalan tasauf, supaya sebarang kekeliruan akan dapat ditanyakan kepada nya. 

9. Contoh-contoh tajuk didalam kitab ini adalah
     a. Berfikir adalah pelita hati
     b. kesatuan antara lahiriah dan batiniah
     c. Alam tidak dapat mendinding Tuhan
     d. memahami hakikat dunia
     e. siapakah sejahil-jahil manusia
dan banyak lagi. Sekadar memberi contoh tentang tajuk yang menjadi perbincangan dan penerangan. terdapat 200 tajuk yang diberikan penerangan mendalam dan terperinci mengenainya.

10. kitab ini secara mudahnya adalah untuk mereka-mereka yang ingin membersihkan hati menuju ALLAH melalui jalan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Ianya perlu dilalui satu persatu.

11. tidak sesuai untuk pembacaan umum dan hanya untuk mereka yang ditakdirkan untuk membacanya.

12. Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al Hikam) Bahagian terakhir, Prof Dr K.H. Muhibbuddin Waly, Pustaka nasional pte.ltd. Singapura, Cetakan keenam 2006, ISBN 9971-77-327-9 


Tuesday, 10 August 2010

The Spear and the Kerambit, VAT69



 

1. Inilah buku favourite saya, ranking ke 3 dalam top 5. Saya dah 5 kali mengulangkajinya, tapi tak berfaedah sangat pun. Tak delah banyak hikmah ilmu nya, setakat syok sendiri adalah. Setakat ini, ianya hanya untuk pengetahuan am dan tidak menjadi ilmu bermanfaat. Hanya darjah respek yang tinggi kepada warga VAT69, atau Komando 69, Polis Diraja Malaysia bergema dalam hati saya. Salut untuk the pioneer dan penyambung warisan VAT69!

2. Ulasan saya mengenai buku ini hanyalah mengenai beberapa aspek yang menarik dan bersejarah lantaran untuk mengetahui sfesifikasi mengenai pasukan VAT69, pembaca boleh meninjau sendiri dalam laman web atau buku-buku yang berkaitan. Saya akan menumpukan pada aspek penceritaan yang tidak tertulis dan didengar (yang boleh diberitahu).

3. Mungkin kerana minat dalam bidang ke'komando'an ini, maka saya sangat gemar membaca buku-buku yang bercirikan pasukan khas yang menjalankan tugas-tugas khas dengan spesifikasi dan mentaliti yang khas, untuk melaksanakan tugas. Tiga unit komando Malaysia yang menjadi kajian utama dari pembacaan, pergaulan, pemerhatian dan pengalaman saya iaitu Komando 69 PDRM, Rejimen Gerak Khas Tentera Darat dan Pasukan khas Laut (PASKAL) Tentera Laut, Malaysia.

4. Unit-unit komando tersebut biasanya dilatih dan dimulakan oleh Pasukan tentera luar iaitu Komando 69 dilatih oleh The Regiment atau Special Air services (SAS) British, Regimen Gerak Khas dilatih oleh Royal marine Commando, British dan PASKAL dilatih oleh Navy SEALS US dan Special boat Services (SBS) British.

5. Daripada semua unit-unit komando luar negara yang diketahui, saya amat meminati SAS lantaran pengalaman mereka yang tinggi darihal penyusupan, sabotaj, perisikan, Long Range Reconaisance Patrol (LRRP) dan penjejakan dalam hutan tropika. Mereka juga berkemampuan dalam peperangan counter terrorism, payung terjun (Statik,HAHO dan HALO) dan sebagainya lah. Itu diaorang punya pasallah. Satu perkara yang saya suka dengan SAS ini adalah 'cool and humble'. Dan kebanyakan komando-komando mereka adalah dari pasukan simpanan tentera darat kerana mereka ini hanya akan diaktifkan apabila ada keperluan sahaja. Masa tak diperlukan, mereka akan jadi perfusionist, macam saya.

6. Buku yang ditulis oleh SAC A. Navaratnam ini menceritakan tentang tujuan, penubuhan, operasi-operasi, kejayaan dan kegagalan pasukan VAT69 dari bermulanya penubuhan pasukan ditahun 1969 sehingga 1989. tujuan utama penubuhan VAT 69 ini adalah untuk pengumpulan maklumat perisikan yang tepat terhadap gerombolan Parti Komunis Malaya (PKM) dihutan belantara Malaya/ Malaysia.

7. Hutan malaysia ketika itu amat luas dan tebal. PKM menghuninya ibarat kutu dalam rambut. Untuk mencari kutu tanpa sikat kutu amatlah sukar. Apabila mencari kutu dengan jari dan mata, itulah ibaratnya VAT69 ini dan apabila menggunakan sikat kutu, itulah ibaratnya Pasukan infrantri tentera darat. VAT69 akan mengesan, menjejak dan mendaftarkan kedudukan PKM dan kadangkala terpaksa bertempur sebelum  diburu dan dimusnahkan oleh Pasukan Tentera Infrantri darat iaitu Rejimen Askar melayu dan rejimen Renjer Diraja. Maklumat yang diberikan oleh pasukan VAT69 dikelaskan sebagai kelas A.


                                      
8. Untuk tujuan seperti itu, pasukan tersebut memerlukan anggota-anggota yang mempunyai daya tahan lasak yang tinggi, kemampuan berfikir yang pantas, kesabaran dan ketabahan, ketahanan mental dan fizikal serta keberanian yang jitu serta keazaman dan semangat yang tinggi untuk melakukan tugas tersebut. Pemilihan yang dijalankan dengan ujian yang menarik tetapi mencabar pada 3 peringkat.

9. Saya pernah diceritakan mengenai ujian saringan 3 peringkat itu dan setakat ini belum ada penafian yang dibuat. Peringkat pertama adalah dengan mencabut kepala ayam jantan tanpa menggunakan apa-apa alatan. Peringkat kedua adalah dengan mengambil semula ponco yang diikat pada pokok yang tinggi diwaktu malam dan berjaya pulang semula ke pengkalan dalam waktu yang ditetapkan. peringkat ketiga adalah tidak bercakap walau sepatah pun dalam masa seminggu. Sepatah saja perkataan terkeluar, maka mereka digugurkan dari peringkat saringan. ujian-ujian itu seperti mudah didengar tetapi sangat sukar untuk dilakukan disamping ujian-ujian kecergasan dan IQ yang diadakan dari masa ke semasa sepanjang saringan. hanya 40% yang berjaya diperingkat saringan dan dari jumlah itu, hanya 20-25% yang berjaya menamatkan latihan.

10. Ujian saringan seperti ini amat berbeza dengan ujian saringan untuk pasukan komando darat dan laut. Pada saya, ianya lebih bijak, mencabar dan penuh dengan psikologi kerana pasukan komando darat dan laut lebih kepada ujian fizikal dan mental sahaja. Meskipun begitu, ujian mental dan fizikal komando bukan untuk dicuba. Ianya hanya untuk mereka yang benar-benar bulat hatinya.

10. Ada dua kisah menarik yang saya cedok dari buku ini. Yang pertama adalah kisah tersalah musuh apabila beberapa unit VAT69 telah masuk ke kawasan operasi AO yang telah dikhaskan kepada mereka untuk membuat serang hendap. Tiada pasukan sahabat berada disekitar kawasan itu. Dalam kegelapan malam, mereka sempat bergurau dan mengenakan Pegawai Perisikan Tentera yang turut serta dalam operasi itu sehinggalah mereka terdengar bunyi orang batuk. Setelah mengesahkan dengan markas, bahawa tiada pasukan sahabat yang berada dikawasan itu, mereka membuat kesimpulan yang bunyi batuk itu adalah dari musuh. Tinjauan dibuat dan mereka mengesahkan melihat sentri musuh yang sedang menggalas senjata lalu dengan segera merancang serangan dan bergerak ke arah kedudukan. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi ranting patah lalu seterusnya tembakan bergema. Mereka bertempur selama 2-3 minit sehinggalah mereka terdengar jeritan arahan dalam bahasa melayu. Setelah cabar-mencabar, rupa-rupanya, pasukan yang ditembak dan menembak adalah dari Pasukan Askar Melayu yang telah tersesat dari kedudukan mereka. 

11. Satu lagi kisah menarik adalah kisah pemburuan dua unit VAT69 seramai 6 orang setiap satu unit ke atas kumpulan PKM Chong Chor yang sedang dalam misi mara ke selatan. Setelah menjejak dan mengekori pasukan musuh selama 2 minggu dan sejauh 60km, mereka telah menghubungi pihak tentera dan meminta bantuan pihak tentera untuk melakukan serang hendap dilokasi yang mereka jangka akan dilalui oleh musuh kerana hanya itulah laluan yang perlu dilalui kerana ianya merupakan permatang gunung. Jangkaan mereka tepat tetapi  platun yang ditugaskan untuk membuat serang hendap itu telah terlewat tiba kerana pasukan musuh telah melepasi laluan tersebut. Anggota VAT69 yang keletihan itu sudah mula mengukir senyum kerana menjangka musuh akan masuk perangkap tetapi mereka pula yang nyaris diserang hendap oleh platun yang menyerang hendap. Secara tak sengaja, peristiwa ini diketahui oleh saya apabila seorang pegawai telah menceritakan bagaimana dia semasa mudanya pernah ditugaskan membuat serang hendap yang tak jadi di satu tempat pada tarikh dan jangka masa yang tercatat dalam buku ini. Maka saya bertanya, 'apakah yang membuat dia lambat sampai ke kawasan serang hendap itu?', jawapannya, biarlah rahsia. bila saya memberitahu, kalau dia cepat sedikit, pasti platunnya dapat membunuh 30-45 orang musuh yang telah melalui kawasan itu. Lalu pegawai itu bertanya kepada saya, 'mana kau tau?'. Dan saya unjukkan buku ini dan dia merasa rugi. 'Kalau tidak, aku dah dapat PGB dah!'.

12. Hanya mereka yang pernah melaluinya yang tahu dan rasa akan keperitan dan kepayahan yang pernah dilalui oleh VAT69 ini. Sesungguhnya, pada saya, merekalah komando sejati, yang 'cool and humble', meskipun pernah berjasa kepada negara.

13. Salut untuk VAT69!

14. The spear and the kerambit, The exploits of VAT69, Malaysia's Elite Fighting Force 1968-1989, A. Navaratnam, Utusan Publications, 2001, ISBN 967-61-1196-1             







Monday, 9 August 2010

Paracut Di Ambang Rindu


1. Novel pertama saya yang dipublish pada tahun 2006. Tak laku sangat pasal cerita perang dan bercorak keagamaan. Ada unsur cinta tapi kurang romantik lantaran heroin adalah seorang puteri bunian dan penulisnya 'brutal'.

2. Kisahnya berlatarbelakangkan pada tahun 2015, apabila Presiden Amerika, secara terang lagi bersuluh mengistiharkan perang ke atas Islam dan negara-negara islam. Malaysia telah diberi pilihan samada menyertai Amerika atau memusuhi mereka. Atas pilihan yang perit itu, perpecahan antara agama dan kaum telah tercetus dalam negara.

3. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, Amerika telah menyusupkan komando-komandonya untuk mendaftarkan sasaran dan beralasan untuk menghapuskan gerila pembangkang. Maka, Angkatan tentera Darat dikerah untuk mengatasi pemberontakan gerila dan juga pencerobohan Amerika.

4. Hero adalah seorang pegawai muda berpangkat leftenan dari Batalion ke 25 Rejimen Renjer Diraja, Briged ke 22 Renjer, Divisyen 19 Airborne yang mengetuai Platun 1, Kompeni Alpha, yang baru saja tamat latihan dan kursus asas kepegawaian. Dalam perwatakan anak muda berusia 21 tahun, dia terpaksa memikul tugas berat dengan mengetuai platunnya yang terdiri dari pelbagai peringkat usia, pangkat, bangsa dan agama, untuk menyelesaikan misi, 'Search and destroy' atau cari dan musnah, trup Navy SEALS, yang telah menyusup di hutan Gua Musang sambil menangkap gerila pembangkang.

5. Platunnya berjaya memerangkap trup tersebut dan membunuh beberapa komando SEALS. Akibatnya, Amerika mengistiharkan perang dan Hero menjadi kambing hitam yang dipersalahkan atas alasan engkar perintah. 

6. Malang lagi bagi Hero, apabila beliau tercampak ke alam bunian sewaktu menjejak saki baki trup terlibat, dan jatuh hati dengan gadis bunian yang merawat kecederaannya. Konflik timbul apabila ayah gadis bunian itu merupakan sahabat ayah hero yang sedang berjuang di Pakistan bersama pejuang mujahidin menentang Amerika dan tidak begitu menyetujui cinta hero kepada heroin lantaran perbezaan alam. 

7. Sangkaan hero yang dia telah terjerumus ke alam jin selama dua hari adalah silap apabila mengikut bilangan hari alam manusia, ianya dua bulan. maka dua bulan tersebut, dia dikira melarikan diri dari tugas (AWOL) lalu akan dihadapkan ke mahkamah tentera dengan beberapa pertuduhan.

8. Hero berhadapan dengan beberapa lagi konflik iaitu kisah cintanya dengan gadis jin, sahabat cinanya yang memberontak, pertuduhan engkar perintah dan melarikan diri dari tugas, penculikan keluarganya oleh CIA dan MOSSAD atas sebab ayahnya, dendam Jin Irfit ke atas ayahnya dan kematian ayahnya yang tidak berkubur. 

9. Dapatkah hero mengatasi cabaran dan menyelesaikan semua masalahnya? Dapatkah hero berkahwin dengan gadis jin pujaan hatinya? selamatkah keluarganya dari dibunuh oleh CIA? apakah kesudahannya?

10. Baca dan belilah sendiri kalau terserempak dengan buku tersebut. Ianya sarat dengan ilmu pemikiran dan kejiwaan lalu disulami dengan adunan tasauf, ketenteraan, kecanggihan teknologi dan cinta seorang manusia biasa. Sebuah novel yang lain dari yang lain dan harus dibaca oleh semua remaja dan anak muda. 

11. Ada cetusan ilmu yang mahu disampaikan. Ada kunci pembuka pintu pemikiran yang mahu diberikan. Ada gagasan yang mahu diperjuangkan. Ada matlamat yang mahu dikongsikan. semoga berhasil menemukan, apa yang ingin disampaikan.

12. Paracut Di Ambang Rindu, Azlee Shah Abas, Tintarona Publication, 2006, ISBN 983-3514-17-0  


Gambar sebenar paratrooper yang lengkap berparacut. Senjata diikat disebelah kanan mengikut pintu exit. Payung terjun cadangan yang distrapkan di depan. Tak taulah sempat atau tidak nak tarik kalau payung utama dibelakang tak kembang. 


Siap untuk mendarat.



Sunday, 8 August 2010

The sword of ALLAH, Khalid Al walid, his life and campaigns




1. Buku ini adalah salah satu dari buku kesayangan saya yang saya beli di  Al Dawood, Mekah bersama Zul dan Dr Syah pada bulan januari 2009. Harganya SR40 (RM38) dan saya beli tanpa menawar.

2. saya telah menghabiskan pembacaannya dalam masa 3 hari pada masa terluang dan pembacaannya tamat di Madinah. Saya telah melihat dan mengkaji taktik dan serangan Khalid Al walid di Bukit Uhud, Madinah, malah sempat juga menjiwai diserang oleh Khalid, lantaran saya telah membaca tentang pertempuran itu secara detail dalam buku tersebut.


Dr Shah, Zul dan saya di bukit Uhud. Di sinilah kedudukan pemanah tentera muslim tetapi mengadap ke sebelah kanan saya. Dibukit belakang itulah tempat tentera muslim berundur dan berselindung dibatu-batu yang ada disana. Nabi telah tercedera di situ tetapi dipertahankan dengan beraninya oleh sayidina Ali dan sahabat-sahabat yang lain. Di bukit belakang itulah tempat dan puncanya Sayidina Omar malu alah apabila diperli oleh sahabat-sahabat yang lain, kerana beliau telah terpisah dengan rasulullah kala peperangan sedang memuncak. Ditengah-tengah itulah, syuhada2 uhud dikebumikan.

3. Ianya adalah kajian dan pencarian yang paling teliti, detail, telus, jujur dan tepat mengenai Khalid Al Walid oleh seorang General tentera Pakistan, Lt Gen A.I. Akram, yang telah meluangkan masanya selama 6 tahun untuk menghasilkan buku ini. Beliau juga telah berkunjung ke Arab Saudi, Iraq, Syria dan Jordan untuk melihat sendiri medan-medan tempur yang pernah berlaku di zaman dahulu.

4. Penulisan buku ini amatlah sukar, lama, kos yang tinggi dan memerlukan ketabahan dan kesabaran untuk menghasilkannya lantaran semua bahan-bahan dalam bahasa arab dan memerlukan penterjemahan. Peta-peta serta gambarajah taktikal yang dilakarkan memerlukan peninjauan serta pemahaman bentuk muka bumi. Saya kagum dengan semangat, pengorbanan dan kesungguhan General Akram ini untuk menggemilangkan sejarah Khalid Al walid dan menulis sebuah buku mengenai seorang Panglima tentera Islam yang tidak pernah kalah dalam semua pertempuran yang dihadapinya.

5. sebelum saya membaca buku ini, antara General-general yang saya kagumi adalah General Patton (US), General Rommel(German), General Aurelius (Roman) dan General Lu Yang (China zaman dulu). saya hanya mengkagumi taktik dan strategi perang mereka, bukannya personaliti individu tetapi setelah saya membaca buku ini dan buku Salehudin Al Ayubi, maka saya jatuh kasih pada Khalid dan Salehudin lantran taktik perang dan personaliti mereka.

6. Diceritakan dalam buku ini kisah hidup Khalid Al walid di zaman kanak-kanak, remaja, permusuhan dengan Islam, zaman keislaman, perluasan jajahan dan penaklukan sehinggalah akhir hayatnya.

7. Sayidina Khalid adalah sepupu kepada Sayidina Omar dan mereka mempunyai perangai yang sama, tubuh badan yang sama dan wajah yang agak sama. Sayidina Khalid pernah mematahkan tangan Sayidina Omar semasa mereka beradu tenaga dizaman kanak-kanak.

8. Ada banyak kisah-kisah lucu dan salah satunya adalah apabila Khalid  menikahi anak gadis ketua musuhnya. Yang lucunya adalah cara dia meminang gadis itu dengan Pak mentua merangkap ketua musuh yang dalam tawanannya. Kemudian datanglah surat dari Sayidina Abu Bakar yang mengatakan, 'Wahai Khalid, belum kering darah dari pedang mu dan kau sudah bernikah lagi!' Bagi saya, memang seorang yang berjiwa perwira dan bersemangat juang lazimnya cenderung kepada wanita lantaran hormon testeronenya yang tinggi. pastinya, golongan fekah akan menentang kisah ini lantaran aliran pemikiran yang terkongkong didalam kotak ilmu. 

9. Semua pertempuran yang diketuainya tidak pernah menemui kekalahan. Malah namanya digeruni musuh sehingga ada musuh yang menyerah kalah tanpa melawan seperti di Jerusalem oleh tentera rom. Mereka hanya mahu menyerah kepada sayidina Omar yang ketika itu Khalifah Mukminin sedangkan Sayidina omar berada di madinah. maka Khalid pun menyamar sebagai sayidina Omar tetapi dikenali orang melalui pakaiannya.

10. sayidina Omar pernah membaling batu bertubi-tubi kepada Khalid lantaran pakaian Khalid yang mencerminkan kemegahan dan kegagahan seorang panglima besar. Tidak seperti Ubaidullah, seorang lagi panglima kesayangan Sayidina Omar, yang hanya berpakaian biasa seperti Sayidina Omar juga.

11. Buku ini mengajarkan saya untuk menerima hakikat bahawa Nabi dan para sahabat adalah manusia biasa. Nabi adalah maksum dan terpelihara dari dosa-dosa besar tetapi tidak terpelihara dari kesilapan yang kecil. Para sahabat adalah manusia biasa juga yang mempunyai kelemahan dan keiistimewaan yang tersendiri dengan personaliti masing-masing. para sahabat juga membuat kesilapan dan kesalahan. Apa yang perlu menjadi tauladan kepada kita adalah kekuatan iman dan semangat jihad mereka yang tinggi.

12. Belilah buku ini kalau terserempak dan bacalah, anda akan terhibur, terharu dan tersentak dengan kisah-kisah para sahabat yang telus, jujur dan tepat.

13. The Sword of ALLAH, Khaleed bin Al Waleed, His life and campaigns, Lt Gen. A. I. Akram, Adam Publisher & distributors, New Delhi, India, 2008, ISBN 81-7435-521-9