Maksud Hikmah

Firman ALLAH, 'Dan apabila ALLAH ingin menganugerahkan kebaikan kepada hamba Nya, maka diberikan Nya HIKMAH'.

Maksud Hikmah adalah memahami agama, mengetahui sesuatu perkara itu dengan jelas dan terperinci serta mengetahui tafsir mimpi.

Thursday, 12 August 2010

Hakikat hikmah tauhid dan tasawuf (Al Hikam)

  


 1. MasyaALLAH. Ini kitab tasauf yang amat dalam dan amat halus ilmunya. Ilmu tasauf yang diterangkan oleh wali-wali ALLAH adalah ilmu tertinggi di dunia dan sebagai saingan kepada ilmu Qabal yang digunakan oleh wali-wali syaitan iaitu golongan illuminati.  Ianya adalah terjemahan dari kitab Al Hikam yang dikarang oleh yang mulia, Syeikh Ibnu Athaillah Askandary lebih kurang 1000 tahun yang dulu. Kitab ini hanya sesuai untuk golongan yang meminati tasauf dan mahu berkhalwat kerana ALLAH dalam menuju makrifat kepada Nya. 

2. Lantaran ketinggian dan kehalusan ilmunya, pembaca-pembaca harus mempunyai latarbelakang ilmu tauhid dan usuluddin yang tebal dan mantap. Sekiranya pembaca-pembaca belum mencapai tahap sedemikian, dikhuatiri mereka tidak akan dapat memahami isi kandungannya dan syaitan akan menyesatkan pemahamannya. Apabila kesesatan dalam cahaya itu berlaku, maka jadilah mereka-mereka ini 'isim ilmu'.

3. Namun, bagi yang telah ditakdirkan berani untuk terjerumus ke lembah tasauf, maka kitab Al Hikam adalah salah satu dari petunjuk dan penerang bagi segala keserabutan dan kekeliruan hati dalam usaha untuk menuju kepada kerdhaan ALLAH.

4. Jalan tasauf itu amat halus, amat berbahaya dan amat terang cahayanya. Amat halus sehingga sufi itu memahami apa yang tidak difahami oleh orang biasa. Amat berbahaya sehingga sufi itu bisa tenggelam dan lemas dalam ketinggian ilmu. Amat bercahaya sehingga si sufi itu buta mata hatinya dari sebarang makhluk.

5. keserabutan fikiran adalah perkara asas yang perlu dilalui oleh setiap sufi lantaran tingginya ilmu, halusnya penafsiran dan kerasnya displin yang perlu dilakukan dan difahami. Maka kitab inilah penerangnya. Kitab inilah pendamai bagi hati-hati yang serabut dengan ilmu tasauf.

6. Kitab ini mudah difahami kerana penterjemahannya disusun dengan rapi dan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah untuk difahami. Penterjemahnya Prof Dr Kiyai haji Muhibuddin Waly, adalah seorang pensyarah di UIA, 1994. Pengarang asal kitab ini syeikh Ibnu Athaillah Al Iskandary, adalah seorang wali ALLAH yang dianugerahkan untuk menuliskan ilham-ilham suci dan bisikan-bisikan hati anugerah ALLAH hasil dari suluk (khalwat) dan zikir yang berterusan.

7. Salah anggap dan salah pembawakan masyarakat yang tidak memahami berkaitan tasauf ini mengakibatkn ilmu tasauf digeruni, disalahtafsir dan diistiharkan sesat oleh sebahagian ulamak fekah. Hakikatnya, akidah itu perlu dibersihkan dari sebarang sifat nifaq yang mengotori hati sehingga tertutup pandangan sebenar kepada cahaya ALLAH. Yang paling nyatanya, sehingga gagal melihat ALLAH di dunia nyata ini.

8. Hikmah yang paling tinggi sekali dan rumusan dari kitab ini adalah, Siapa yang kenal akan dirinya, maka dia telah kenal akan Tuhan nya. Maka ditunjukkan jalan bagaimana untuk mengenal diri ini. Seeloknya, untuk membaca kitab ini, haruslah mempunyai guru yang faham dan mahir mengenai selok belok jalan tasauf, supaya sebarang kekeliruan akan dapat ditanyakan kepada nya. 

9. Contoh-contoh tajuk didalam kitab ini adalah
     a. Berfikir adalah pelita hati
     b. kesatuan antara lahiriah dan batiniah
     c. Alam tidak dapat mendinding Tuhan
     d. memahami hakikat dunia
     e. siapakah sejahil-jahil manusia
dan banyak lagi. Sekadar memberi contoh tentang tajuk yang menjadi perbincangan dan penerangan. terdapat 200 tajuk yang diberikan penerangan mendalam dan terperinci mengenainya.

10. kitab ini secara mudahnya adalah untuk mereka-mereka yang ingin membersihkan hati menuju ALLAH melalui jalan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Ianya perlu dilalui satu persatu.

11. tidak sesuai untuk pembacaan umum dan hanya untuk mereka yang ditakdirkan untuk membacanya.

12. Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al Hikam) Bahagian terakhir, Prof Dr K.H. Muhibbuddin Waly, Pustaka nasional pte.ltd. Singapura, Cetakan keenam 2006, ISBN 9971-77-327-9 


2 comments: