Maksud Hikmah

Firman ALLAH, 'Dan apabila ALLAH ingin menganugerahkan kebaikan kepada hamba Nya, maka diberikan Nya HIKMAH'.

Maksud Hikmah adalah memahami agama, mengetahui sesuatu perkara itu dengan jelas dan terperinci serta mengetahui tafsir mimpi.

Tuesday, 11 January 2011

Kolonel Jihad, Antara mitos dan realiti


1. Inilah buku favourite saya sekarang. Ianya adalah autobiografi yang menerangkan keadaan dan menjelaskan kedudukan. Penulisnya adalah hero moden saya lantaran perasaan dan semangatnya yang sama dengan jiwa saya. Sesungguhnya, saya amat berbangga dengan Lt Kol Abdul Manaf. Dia adalah mujahiddin melayu yang sejati dan telah membuktikan semangat jihad yang sebenar dalam konteks peperangan.

2. Sebelum ini, ada sebuah buku yang menjadi inspirasi saya iaitu, 'My Jihad', oleh Aukai Collins. Buku tersebut telah terlepas dari pegangan saya dan sekarang tidak diketahui dimana ianya berada. Ianya adalah autobiografi seorang pemuda Amerika yang memeluk islam lalu pergi berjuang menjadi pejuang Mujahiddin di Chechnya dan Kosovo lalu akhirnya bekerjasama dengan FBI untuk mencari pengganas-pengganas sebenar yang berjuang dalam bentuk jihad yang berbeza dan tidak betul.

3. Meskipun, buku tersebut adalah favourite pertama saya, tetapi, penulisnya bukan dari bangsa saya sendiri. Dalam buku tersebut, Aukai menceritakan ada pelbagai bangsa yang menjadi pejuang Mujahiddin di Chechnya tetapi tidak ada menyebut tentang bangsa melayu yang menjadi wakil kepada bangsa melayu Islam di nusantara ini. Ternyata, sekarang sudah ada. Dan saya amat gembira dan berbangga bahawa ternyata, ada melayu islam malaysia yang berani berjuang, berkorban dan menanggung penderitaan semata-mata kerana perasaan kasih dan kasihan kepada umat Islam yang tertindas.

4. Lt Kol Abdul Manaf adalah seorang tentera yang dilatih sejak usia remaja apabila terpilih memasuki Maktab tentera Diraja. Beliau kemudiannya menjalani latihan pegawai kadet di Sekolah Pegawai kadet, port Dickson dan terpilih menjalani latihan di Royal academy of Sandhurst, England iaitu sebuah Kolej tentera berprestij dimata dunia. Seterusnya beliau memulakan khidmat sebagai YO hinggalah menjadi senior officer dengan pelbagai jawatan dari platun, kompeni, batalion dan briged di dalam Kor Rejimen Askar melayu Diraja.

5. sekiranya saya membaca biodata ini saja, tanpa membaca bukunya, maka saya akan membuat anggapan, pastinya Kol manaf ini seorang Regimental hardcore officer lantaran didikan yang diterima dari RMC dan Sandhurst lalu berkhidmat dalam RAMD, sebuah rejimen penjunjung kuat tradisi british. Anggapan saya itu silap selepas membaca bukunya. Biarpun budaya tentera itu kuat dan tegar, tetapi masih ada lagi ciri-ciri kejawaan yang bertahan dalam hatinya.

6. 'Pada persepsiku, sekujur tubuh badan yang kaku dalam mempertahankan keadilan dari kezaliman adalah lebih baik daripada tubuh sasa yang mendampingi kerakusan dan membelakangi kemanusiaan. Rupanya manis kehidupan hanya aku rasai ketika berlagang ditengah-tengah manusia yang berjuang menentang penindasan dan mempertahankan kedaulatan tanah air dari pencerobohan dan penjajahan.'


7. Kisahnya yang melihat sebuah kampung Islam dibakar, mayat-mayat bergelimpang dan wanita-wanita diperkosa, setelah dijanjikan perlindungan oleh UNROFOR, amat memilukan. Mereka-mereka ini dimusuhi dan dibunuh kerana mereka menganut agama Islam. Maka sudah sepatutnya, semua muslimin tampil membantu mereka dalam semua bentuk.

8. Yang lebih menggembirakan, beliaulah perancang strategi dan mengetuai serangan ke atas kepungan tentera Serbia ke atas Sarajevo dengan taktik yang licik dan rapi. serangan itu telah berjaya menumpaskan tentera serbia yang lebih lengkap dari segi peralatan dan persenjataan.

9. Nasib kol Manaf tidak sebaik Aukai collins lantaran beliau telah ditahan dan dipenjarakan dibawah ISA akibat dari perjuangannya itu. Saya juga mendengar ramai pejuang-pejuang mujahiddin melayu yang beperang di Afganistan dahulu, juga menerima nasib yang sama sebaik saja pulang.

10. Pada saya, kol manaf bukan pengganas. Kol Manaf adalah wira melayu islam yang sebenar. Perjuangannya bukan untuk kuasa, kekayaan, pengaruh, populariti atau penghormatan. Sama seperti jemaah tabligh yang saya anggap juga sebagai pejuang mujahidin atas iman dengan jalan dakwah. Kol Manaf adalah pejuang Mujahidin atas kemanusiaan dengan jalan perang. Jihad yang paling tinggi sekali antara semua jihad-jihad yang ada. Antara berjuta melayu Islam Malaysia yang ada, saya rasa boleh dikira dengan jari, mujahidin-mujahidin seperti ini ketika yang lain, sibuk berpencak silat berebutkan kuasa, kekayaan, kenikmatan hidup dan kebahagiaan.

11. Bacalah buku ini, sebagai persediaan minda untuk masa depan, sebagai pengajaran bahawa hidup ini tak selalunya indah dan sebagai semangat perjuangan yang sebenar.

12. Kolonel Jihad, Antara Mitos dan realiti, Nur ilham Publication, Kuala Lumpur, Jun 2010, ISBN 978-967-5863-00-4

10 comments:

  1. Salam. Izinkan saya titipkan rasa kesyukuran kerana saudara saya yang peka dan prihatin ini mencoretkan satu ulasan ikhlas ke atas bukuku Kolonel Jihad : Diantara Mitos dan Realiti. Bagi saya sdr ini juga seorang mujahid yang sama istimewanya; hanya jauhari yang mengenal ma'nikam. Semoga semangat insaf diri dan rasa tanggungjawab kepada umat dan agama berterusan hingga ke akhir hayat. Hidup biar mulia, mati biar syahid.

    ReplyDelete
  2. Hidup mulia mati syahid adalah cogan kata saya selama ini. Sungguh saya terharu apabila mengetahui rupanya ada yang bermoto dan cogan kata yang sama.

    ReplyDelete
  3. Salam. Harap bantu saya dapatkan buku ni. Abu nuha 0138510199

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt ke buku ni.kalo tak dpt lagi email la hafizrazak1102@gmail.com

      Delete
  4. saya pun harap dapat membeli buku inii...di mana nak beli? dari biografi ni..mujahid ni asal jalan kebun..bole sapa sapa yang taw alamat rumahnya? saya pun dok dekat jalan kebun gak..rugi tak kenai orang mcm ni...

    ReplyDelete
  5. nak jugak buku ni....0176117672

    ReplyDelete
  6. saya check buku ni di mphonline.com sudah kehabisan stok.. mohon bantu utk saya juga tidak ketinggalan memiliki buku ini.. terima kasih

    nikmazdieizham@gmail.com

    ReplyDelete
  7. salam, ingin memilik buku ini, email saya. oil_warrior@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. salam..
    mohon bantuan saudara untuk saya dapatkan buku ini...fezal80@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Saya ada jual buku ni. TQ
    http://buyandsellusedbooks.blogspot.com/

    ReplyDelete